alangkah indahnya pabila diri disaluti dengan kemanisan iman yang saling mencintai, saling mengasihi kerana Allah :)
mungkin aku akan bosan bila tidak lagi ada tempat utk aku mengadu sgala sesuatu pd stiap masa tp aku yakin Allah brsamaku . SYUKRAN JAZILAN YA USTAZ :) tak dpt nak bls budi ustaz nazim dan isterinya kak syiqin. pasangan muda paling ideal buat aku . rumah tangga yg penuh dihiasi iman . aku rasa sangat dekat dgn Allah bila ada kata2 drpd pasangan tersebut yang telah mnyentuh hati aku . terasa indahnya hidup jika smua perkara dsandarkan kpd Allah . segala kcelaruan jiwa aku telah aku critakan kpd pasangan ideal tersbut . MASYAALLAH . mereka sangat memahami . Alhamdulillah :) antara kata2 daripada mereka :
Amni, renungkanlah hadith di bawah : Dalam sebuah hadith daripada Abi Hurairah sabda Rasulullah SAW:
: ”Tujuh golongan manusia yang akan diberi perlindungan oleh Allah dalam naungannya di hari yang tiada naungan melainkan perlindungan Allah itu sendiri iaitu: 1-Imam (pemimpin) yang adil, 2-pemuda (orang muda) yang sentiasa beribadat kepada Allah, 3-lelaki yang hatinya sentiasa terpaut dengan masjid, 4-dua orang yang saling cinta mencintai kerana Allah di mana keduanya berkumpul dan berpisah kerana Allah, 5-seorang lelaki yang diajak oleh wanita rupawan serta berkedudukan tinggi untuk melakukan zina, lalu ia menjawab, “Aku takut kepada Allah”, 6-seseorang yang bersedekah dengan sesuatu sedekah lalu menyembunyikan sedekahnya itu sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang dibelanjakan oleh tangan kanannya, 7-seseorang yang mengingati Allah di tempat yang sunyi lalu mengalir air matanya.” Bukankah golongan ke-2, 3, 4, 5 dan 7 tu ada kaitan dengan kisah Amni dan si dia?
Komen saya, tidak salah menyimpan perasaan kepada dia..tetapi ada beberapa nasihat saya :
1- Jangan berkhayal sehingga menaikkan nafsu syahwat (berfikir dengan perkara porno dan lain2)
2- Terlalu meminimakan perhubungan samada sms, tel atau chat, kerana dikhuatiri akan membawa kepada perbualan yang tidak berfaedah
3- Elakkan dari melayan perasaan dan gelora rindu. Jika teringatkan dia, solatlah sunat, berdoakan kebaikan kepada dia dan berdoa agar jodoh diperdekatkan oleh Allah
4- Tumpukan perhatian kepada Pelajaran..SPM dah semakin dekat. Janganlah hubungan amni dan dia menjadikan amni lalai kepada pelajaran.
5- Jaga perhubungan dengan Ibu dan Ayah..sebab jika hubungan dengan ibu dan ayah baik, maka Allah akan memperbaiki hubungan kita dengan org lain.
6- Jadikan hubungan antara kalian sebagai pembakar semangat untuk kejayaan
7-tutup hati amni untuk org lain..jangan layan atau berhubungan dgn org lain. Tidak manis wanita yang dah ada hubungan dengan seseorg lelaki yang istimewa, kemudian dia juga berhubungan dengan lelaki lain
8-Selalu ingatkan diri bahawa kita hidup adalah untuk beribadah kepada Allah. Pikir, adakah apa yang kita buat dengan dia akan menjadi ibadah?
9-Utamakan cita-cita daripada Cinta
10-Banyakkan ibadah sunnat seperti Qiyamullail, Solat Sunnat, dan yang penting, Berpuasa=untuk memperbaiki nafsu dan peribadi
Jika 10 perkara ini tak dapat dibuat, maka BATALKAN niat untuk berkawan dengan dia... :)
YA Allah , betapa Maha Pemurahnya Engkau yang telah tunjukkan jalan terbaek buat hamba dan dia :') sedangkan kami sering berbuat dosa kepadaMu , seringkali mengundang amarahMu . Ya Allah , Engkau sememangnya Maha Hebat , Pengampun , Penyayang . sedang kami terkapai-kapai mencari jalan yg terbaik , Engkau hadirkan pasangan suami isteri yang sangat memahami kedaan hati ini Ya Allah , moga Kau berkati rumah tangga mereka . limpahkan , mahabbah wa rahmah dalam kehidupan mereka .
YA ALLAH
JIKA DIA BENAR UNTUKKU
DEKATKANLAH HATINYA DENGAN HATIKU
JIKA DIA BUKAN MILIKKU ,DAMAIKANLAH HATIKU DENGAN KETENTUANMU
moga kami berjaya menjadi muslim . mukmin . soleh . amiiin :)
dari hati












0 celotehrakan:
Post a Comment