insan A : weh. gila susah test ini, aku tak boleh jwb ah. study pun tak sgt smlm. nak hentam pun tak tau dah nak kata pa.
insan B : ingat aku reti kot. aku pun sama ah. semalam selak2 ja buku . tak study pun.
insan A : ceh. aku tgk , ang punya jawapan gila panjang, tak study lg mcm tuh ?
insan B : lah, aku hentam ja semua tuh.aku pun tak reti apa.
BABAK 2 : SEMASA KEPUTUSAN UJIAN KELUAR
insan A : wah ! pndainya ang B. dapat tinggi pada aku. tak study lg mcm tuh ?
insan B : tak study ah. kalo study dapat full mark ah weh.
insan A : dah jawapan pnjg2 mcm tuh. maunya tak dpt elok. siap kna puji dgn cikgu. kalo tak study , mcm mna boleh dapat fakta2 semua tuh.
insan B : alaaa . nasib ja tuh.
situasi ini berulang boleh dikatakan pada setiap kali ujian diadakan :)
DENGAN KEPUTUSAN YANG ELOK, BOLEH LA DOK P MENINJAU MARKAH ORANG LAIN. SIAP BIAR TERPAMPANG PAPER TUH ATAS MEJA. kalo sebaliknya, mesti diam2 ja.HOHO. begitulah ragam manusia. SAKIT HATI KAN DENGAN CARA SI INSAN B ? XD
DENGAN KEPUTUSAN YANG ELOK, BOLEH LA DOK P MENINJAU MARKAH ORANG LAIN. SIAP BIAR TERPAMPANG PAPER TUH ATAS MEJA. kalo sebaliknya, mesti diam2 ja.HOHO. begitulah ragam manusia. SAKIT HATI KAN DENGAN CARA SI INSAN B ? XD
bukan ingin mengaibkan sesiapa. tapi aku cuma bercakap tentang ragam rakan-rakan di sekeliling kita. aku yakin, setiap drpd kita , ada yg pnh mngalami situasi yg sma mcm INSAN A & INSAN B. tak kisahlah sma ada anda adalah insan A mahupun B atau pihak ketiga . yg pasti ia adalah situasi yang sama.
untuk insan B : salahkah kalau just cakap " em, study la gak skit2. tp xdak la apa sgt. " drpd cakap "eh. aku tak study apa. selak2 ja " kalo selak tuh , mesti membelek. dah membelek tak baca ka namanya ? mungkin baca sekali lalu, tapi ttap mmbaca . kan ? :) apa salah katakan kebenaran drpd mnambah sakit hati org sekeliling .
untuk insan A : mungkin tak prlu lah nak ambik kisah sgt psal apa yg dkatakan insan B . sma ada study atau tak. yg penting, jaga diri kita. asalkan kita tau kita dah study or tak. tak pyh nk kisah sgt dgn insan B atau orang lain .kalo dah tau memang begitu sifatnya.mungkin betol apa yg insan B katakan . cuma sejauh mana kbenaran itu, tidak pasti.
andai kita mampu befikir dengan lebih matang . apapun yang dikatakan oleh insan B, takkan mnjadi satu msalah buat kita. just masuk tlinga kanan keluar telinga kiri. am i rite or not ? aku pun faham . kita hanya manusia yang punya rasa iri hati dan cemburu . cemburu melihat kejayaan orang lain dan kita sendiri juga cuba berusaha utk berjaya spt mereka . cuma mungkin tidak dapat kita terima kenyataan ada orang2 yg berjaya ini mngatakan bahawa semua ini nasib. wajarkah kejayaan bagi setiap kali ujian adalah tanpa usaha dan hanya bergantung kpd nasib ? renunglah firman Allah ini :
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu melainkan balasan apa yang diusahakan". (al-Najm: 39)
habuan yang kita peroleh adalah setimpal dengan apa yang yg kita kerjakan.setiap nikmat yang kita dapat adalah rezeki daripadaNya . mungkin lebih manis jika perkataan NASIB diubah kepada REZEKI . lebih nampak bahawa kita orang bersyukur dengan nikmat yg diberiNya biarpun tanpa usaha yang sangat gigih . mungkin atas sebab musabab tertentu yang manusia lain tidak tahu, Allah telah permudahkan insan tersebut utk mengingati segala apa yg telah dpelajarinya sterusnya cemerlang dalam sesuatu ujian . apa yang paling penting ialah , kita pegang dengan janji Allah spt firmanNya di atas , nescaya kita adalah orang yang paling beruntung. kejyayaan yg diperoleh dengan berkat usaha gigih dan pengorbanan bserta doa dan tawakkal adalah lebih memuaskan dan membahagiakan daripada orang yg hanya berjaya bukan atas usaha diri sendiri serta sntiasa brgantung kpd nasib . Allah itu Maha Adil :)
* dengan ilmu yg cetek , ini adalah pendapat peribadiku. mungkin ada yang tersilap tafsir & penerangan. mohon ditegur dan harap dberikan tunjuk ajar.
“Tiada yang lebih baik bagi orang yang memakan makanan, melebihi kebaikan orang yang makan makanan daripada hasil kerja tangannya sendiri. Sesungguhnya Nabi Daud makan daripada hasil kerja tangannya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari)"
* dengan ilmu yg cetek , ini adalah pendapat peribadiku. mungkin ada yang tersilap tafsir & penerangan. mohon ditegur dan harap dberikan tunjuk ajar.
dari hati












0 celotehrakan:
Post a Comment