Pages

0

tutup aurat TAPI hati jahat !

ASSALAMUALAIKUM :)


ni lah entry pertama utk tahun ni setelah bberapa bulan trgendala akibat SPM #kononnya :p
okeh now . berbalik kepada tajuk panas hari ni :) TUTUP AURAT TAPI HATI JAHAT ! ayat yg sering kita dengar dalam kalangan masyarakat kita. adakah anda sebahagian drpdnya ? XD

BERMULANYA SUATU KISAH................


tak semestinya yg pakai tudung tu baek .
ada jugak aku kenal girls yang ttup aurat tapi perangai teruk mengalahkan girls yg tak tutup aurat.

apa yg anda cuba sampaikan ?

so. aku nak tegaskan bahawa tak semestinya girl yg baik tuh
menutup aurat ! mksudnya, baik buruk perangai seseorang wanita tak brgantung kpd pakaiannya sama ada dia tutup aurat atau tak .

apa ukuran anda tentang nilai kebaikan seorang wanita ?

jujur.berterus-terang.lemah lembut.pemurah.penyayang and so on .

kalau wanita itu mmpunyai nilai kbaikan spt yg anda sebutkan sebentar td , YA dia 'baik' dari sudut itu . tapi dia 'tidak baik' dr sudut brpakaian jika dia mndedahkan auratnya kerana dia telah melanggar perintah Allah yg hukumnya telah termktub d dalam alQuran.

orang yg baik menurut Islam ialah orang yg baik hubungannya dengan Allah di samping hubungannya sesama manusia. menutup aurat itu perintah Allah.

namun percayalah , jika hati dia benar2 baik. insyaAllah lambatlaun dia akan menutup aurat :)

merujuk kpd hadith riwayat al-Bukhari :
seorang pelacur wanita yahudi telah mmberi minum kpd seekor anjing yg kehausan. disebabkan sifat belas kasihan yg ada padanya, dia telah mendapat hidayah drpd Allah lalu menjadi wanita solehah.

apa yg nak cuba disampaikan brdasarkan hadith ini ialah jika seseorang wanita itu benarbenar baik hatinya, lambat laun insyaAllah Allah akn mngurniakan hidayah kpdnya dan akn menutup aurat walaupun sebelum ini dia tidak menutup aurat.

oh begitu. tapi KENAPA YA ?

kerana Allah menilai pada hati. jika hati itu baik, lamakelamaan hal luaran pasti mengikutnya jadi baik.

#tp apa pulak pendapat kalau wanita tutup aurat tp perangai buruk ?

bab aurat dia telah selamat.Alhamdulillah. tinggal lagi dia perlu perbaiki akhlak buruknya dan dia mesti terus berusaha.

#macammana kalau dia just pura2 tutup aurat ? skadar nk mnunjuk2 atau ikut fesyen.

hati manusia kita tak tau. kita pun tak tau hati wanita yg ttup aurat dan yg tak ttup aurat tuh baik ka tidak . soal hati ni hak Allah. TETAPI kalau dia benar2 jahat, lambat laun dia akan mendedahkan auratnya semula.

eh. kenapa pulak ?

menutup aurat ialah pakaian wanita solehah. wanita yg jahat tak akan mmpu utk pakai pakaian wanita solehah.

oh. patut lah aku tgk, dulu pakai tdung labuh tapi semakin lama semakin singkat pulak . pakai tudung ala kadar ja dengan seluar & baju ketat segala.

perubahan luaran merupakan gambaran perubahan hati.yang tak ttup aurat, akhirnya pelan2 akn mnutup aurat kerana hatinya telan beransur-ansur mnjadi baik. sebaliknya yg dah mnutup aurat, akn mndedahkan auratnya semula secara beransur-ansur jika kualiti hati & imannya semakin merosot.

so, wanita yg jahat mesti mndedahkan aurat lah ?

tak semestinya kerana ada wanita yg hatinya baik ttapi masih belum mnutup aurat krna mungkin dia sdg berusaha mengatasi halangan2 luaran dan dalamannya utk menutup aurat.

mcm mna pula dgn wanita yg jahat tp mnutup aurat ? perlukah dedahkan semula auratnya?

ingat , perangai buruk bukan alasan utk mndedahkan aurat !
bg mereka , tuntutan menutup aurat sedah ditegakkan, Alhamdulillah. jadi perbaikilah akhlak. itu sahaja yg perlu dilaksanakan. satu selesai , tinggal lagi satu .bayangkan jika disamping mereka mendedahkan aurat, mereka juga berakhlak dgn akhlak yg buruk, itu lebih buruk lagi . dua perkara yg tak selesai : aurat dan akhlak !

WANITA Y BAIK MESTI TUTUP AURAT !

HATI BAIK MESTI TUTUP AURAT !


*harap2 apa yg aku cuba smpaikan nih sedikit sebanyak boleh dimanfaatkan utk kebaikan kita sebagai umat Islam yg sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dalam mnjal
ani kehidupan seharian .jom kita la kita sama2 brlumba utk meraih gelaran MUKMINAH SUPERB d sisi Allah . siapa tak join , dia yg rugi ;)


sumber rujukan :


0 celotehrakan:

Post a Comment

Back to Top